Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Doktor Keluarkan ‘Lebah Peluh’ Dari Mata Wanita Di Taiwan

Seorang wanita berusia 29 tahun tidak tahu mengapa matanya bengkak dan tidak boleh dibuka.

Published

on

Seorang wanita berusia 29 tahun tidak tahu mengapa matanya bengkak dan tidak boleh dibuka.

Wanita Taiwan itu berkata, dia keliru punca yang menyebabkan jangkitan matanya semakin teruk.

Namun apabila wanita itu yang dikenali dengan nama keluarga He mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Fooyin di sini, doktor tidak menemukan jangkitan bakteria.

Sebaliknya apabila meneliti mata He menerusi mikroskop, Ketua Oftalmologi hospital berkenaan, Dr Hung Chi-ting menyaksikan sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Taiwanese television showing the bees living in the persons eye.

Kaki serangga keluar dari satu daripada soket mata wanita itu. Lalu beliau menarik keluar lebah kecil, dikenali sebagai ‘Halictidae’ atau ‘lebah peluh.’

“Serangga itu dikeluarkan hidup-hidup.”

Doktor itu bagaimanapun menemui sehingga empat ekor lebah pada kelopak mata wanita malang berkenaan.

Gemarkan garam, lebah terbabit hidup dengan makan air mata He, kata doktor dalam sidang akhbar minggu lalu, kemudian menjelaskan diagnosis pelik perubatan sebagai ‘yang pertama di dunia.’

Serangga itu membuat rumah dalam kelopak mata wanita terbabit, sehingga ia dikeluarkan hidup-hidup.

 

Justeru, bagaimana lebah peluh berumah di dalam mata wanita berusia 29 tahun itu? Wanita itu mengesyaki, semuanya bermula ketika dia mengambil bahagian dalam Festival Qingming juga dikenali sebagai Hari Menyapu Kubur.

“Saya sedang mengemas dan membersihkan kubur saudara mara bersama keluarga. Saya mencangkung dan mencabut rumput.”

Laporan CTS News menyebut, He merasakan sesuatu masuk ke dalam matanya. Memikirkan ia hanya habuk, dia membersihkan mata dengan air dan tidak menggosok matanya sepanjang hari.

Dia tidak memikirkan mengenainya sehinggalah matanya mula membengkak malam itu dan mengalami sakit menyucuk sehingga dia menangis.

Ketika mengunjungi hospital hari berikutnya, Dr Chi-ting lega kerana wanita berusia 29 tahun yang memakai kanta lekap tidak menggosok matanya dengan teruk apabila kesakitan semakin tidak tertahan.

Jika tidak katanya, ia mungkin memburukkan lagi kornea matanya yang membengkak dan menjurus kepada buta, lapor Apple Daily Taiwan dan cawangan media lain.

 

Sumber dari: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement