Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Doktor Ini Jelaskan Mengapa Tak Hantar Pesakit Koronavirus Balik Ke China

Published

on


Di media sosial kecoh dengan suara netizen menyuarakan mengapa pihak kerajaan menghantar pulang rakyat China ke negara asal dan membandingkan inisiatif negara luar tentang isu ini.

Malah, ada yang menyalahkan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir kerana menyangka beliau tidak risau kesihatan rakyat dengan membiarkan pesakit Koronavirus dirawat dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Berikutan dengan kekecohan isu ini, pada 27 Januari 2020 satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan menyebut tentang kemasukan pelawat negara China.

 

Beberapa doktor kesihatan dan pakar juga tampil bersuara dengan menyatakan sebab pesakit positif koronavirus tidak dihantar pulang ke negara asal.

Menurut doktor kesihatan, Nimelesh, jika menghantar kesemua pesakit ini ke negara asal mereka kemungkinan besar akan memudaratkan lebih ramai orang.

Misalnya pekerja lapangan terbang, penumpang, kabin krew, juruterbang dan orang yang terlibat dalam proses menghantar mereka pulang.

“Proses menghantar pesakit menggunakan penerbangan komersial bukan menggunakan jet persendirian.”

Maksud di sini, pihak kerajaan terlebih dahulu telah mengambil langkah berhati-hati dalam mengelakkan dari wabak ini dari tersebar lebih teruk pada orang ramai.

Tidak cukup dengan itu, seorang doktor pakar buah pinggang turut memberi pesanan ringkas kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi akaun twitter miliknya.

 

Bila keadaan dalam gawat begini, jangan kita mudah menunding jari sedangkan kita tak tahu apa yang pihak atasan lakukan. Percaya pada barisan hadapan badan beruniform melakukan tugas mereka dalam menangani isu ini.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pencegahan Virus Influenza Boleh Dilakukan Dengan Cara Ini Bila Bekalan Vaksin Tiada

Koronavirus Berpunca Dari Binatang Liar Di Pasar China?

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement