Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

“Doakan Semoga Dipermudahkan” – Lisa Surihani

No wonder pakai cermin mata je…

Published

on

Pelakon Lisa Surihani mendedahkan dia menjalani prosedur lasik, iaitu pembedahan memperbetulkan tahap penglihatannya.

Menerusi video dikongsi di InstaStory pada Rabu 11 Disember, Lisa berkata, dia telah memakai kanta lekap sejak berusia 9 tahun.

“Saya menjalani pemeriksaan mata pada bulan Oktober lalu di klinik Profesor Dr Muhaya. Ini untuk membolehkan saya mengetahui sama ada saya boleh menjalani prosedur Lasik itu. Dan, Alhamdulillah, kedua dua belah mata saya fit untuk menjalani prosedur lasik.”

Lisa turut berkongsi tips sebelum dia boleh menjalani rawatan lasik.

Menurutnya, dia tidak boleh memakai kanta lekap atau contact lens selama 10 hari berturut turut.

“Sebab tu pakai cermin mata lately!”

Dalam salah satu videonya semalam , Lisa berkata,

“Hari ini hari ke 10, maknanya buat lasik hari ini.”

“Rawatan ini sekejap sahaja, mungkin antara 5 ke 7 minit. Doakan semoga dipermudahkan!”

Lisa juga menyarankan agar semua individu membuat pemeriksaan kesihatan mata, sekurang kurangnya setahun sekali, untuk mengetahui keadaan dan kesihatan mata.

Menurutnya, jika tahap penglihatan mulai berubah-ubah, ia dikaitkan dengan peningkatan usia dan aktiviti dalam kehidupan seharian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement