Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

"Doakan Saya Sembuh"- Azharina

Pelantun lagu Elergi Sepi, Azharina Azhar dimasukkan ke hospital, pagi kekmarin selepas mengalami muntah dan demam berpanjangan.

Published

on

Pelantun lagu Elergi Sepi, Azharina Azhar dimasukkan ke hospital, pagi kekmarin selepas mengalami muntah dan demam berpanjangan.

Kakak angkat kepada Azharina, Nuraisyah Tan berkata, penyanyi itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Puchong selepas mengadu kejang urat.

“Sudah tiga hari dia demam dan muntah-muntah. Melihat keadaannya itu, saya segera menghubungi doktor, seterusnya membawa Azharina ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Dia dibenarkan pulang, namun masih muntah-muntah dan tidak berselera makan hingga mukanya pucat.
“Tidak sedap hati, saya bawa dia semula hospital, seterusnya ditahan di wad. Keadaannya ketika ini masih lemah,” katanya.

Sementara itu, Nuraisyah juga memohon agar semua mendoakan kesihatan penyanyi itu supaya kembali pulih seperti sediakala.

“Saya harap semua peminat dapat mendoakan kesihatan Azharina,”ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Azharina semalam sempat berkongsi di laman sosial Instagram mengenai keadaan kesihatannya.

“Sudah beberapa hari Nina demam dan semalam (Rabu) dimasukkan secara emergency di hospital. Doakan agar Nina kembali sihat seperti sediakala ya. Sakit itu penghapus dosa Insyaallah,” tulisnya.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement