Home > #CeriteraKool > Ditinggalkan Di Lapangan Terbang, Anjing Peliharaan Mati Kerana Kecewa

Ditinggalkan Di Lapangan Terbang, Anjing Peliharaan Mati Kerana Kecewa

Ingatkan manusia sahaja yang mengalami perasaan kecewa?

Salah.

Haiwan peliharaan juga mempunyai perasaan yang sama.

Macam seekor anjing peliharaan ini yang dilapor ditinggalkan oleh tuannya dan akhirnya mati kerana kecewa dan mengalami kemurungan.

Anjing ini, yang diberi nama Nube Viajera menghabiskan masa hampir sebulan berkeliaran di sebuah lapangan terbang Palonegro di Colombia, dengan harapan dapat berjumpa semua dengan pemiliknya. Menurut beberapa saksi, anjing tersebut menghidu beberapa orang di lapangan terbang itu, mungkin mencari bau pemilik yang dikenalinya. Tapi, lama kelamaan, anjing terbabit “give up” dan “tinggal” di satu sudut di terminal lapangan terbang itu.

Disebabkan rasa kasihan, ramai penumpang dan pekerja di situ memberikannya makanan, namun kerana terlalu kecewa, makan semua tidak disentuh.

Seorang doktor haiwan berkata, anjing yang berusia 2 tahun berkemungkinan besar mempunyai pemilik dan rumah , dan ditinggalkan kerana haiwan terbabit tidak pernah meninggalkan kawasan lapangan terbang.

Dek kerana kekurangan nutrisi dan semakin tidak bermaya, anjing itu dibawa ke tempat perlindungan haiwan.

Tetapi disebabkan kurangnya makan dan minum, walaupun telah diberikan menggunakan “intravenous injection”, keadaan kesihatan anjing itu semakin merosot, sekaligus dia mengalami kemurungan yang teruk dan akhirnya mati.

Cerita mengenai anjing ini, seperti yang pernah diceritakan dalam sebuah filem drama lakonan Richard Gere berjudul Hachi: A Dog’s Tale yang diadaptasi dari sebuah filem Jepun. Filem ini, kalau tengok banyak kali pun, tetap akan membuatkan kebanyakan kita mengalirkan air mata.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply