Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Ditendang Dan Dipijak, Isteri Pertama Imam Muda Syed Mohd Faris Dikasari ‘Isteri Kedua’

Apa nak jadi ni…

Published

on

Menendang, memijak kaki serta memulas tangan, itulah perbuatan yang dilakukan oleh ‘isteri baru’ imam muda Syed Mohd Faris Syed Roslan kepada isteri pertamanya, Nur Hidayu Rosly.

Finalis program Imam Muda itu telah berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu. Dia juga telah menceraikan Nur Hidayu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat, Imam Muda Faris Cerai ...

Nur Hidayu ketika ditemui turut mendakwa dikasari ‘isteri baru’ suaminya itu selepas suaminya bercadang untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nur Hidayu berkata, ketika itu dia baru habis menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak kelima mereka.

Kejadian berlaku di tempat kerja Nur Hidayu kira-kira jam 12 tengah malam. Pada mulanya semua dalam keadaan baik sehingga suaminya memberitahu akan menceraikan salah seorang daripada mereka.  ‘Isteri baru’ suaminya itu berang dan terus memukulnya dan mengasarinya. Paling menyedihkan,  imam muda ini langsung tidak mempertahankan Nur Hidayu.

Finalis Imam Muda anak 5 didakwa cerai isteri lepas nikah wanita ...

Hidayu mengatakan dia sudah mengenali wanita itu ketika sama-sama menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai suaminya. Hidayu turut mendakwa sebelum ini suaminya pernah bercerita mengenai hasrat untuk berpoligami. Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka suaminya tetap meneruskan hasrat tersebut termasuk mendakwa wanita itu boleh melayannya lebih hebat. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan daripada Syed Faris berhubung isu perceraiannya dengan isteri.

Kami di Kool FM mendoakan agar Hidayu diberi kekuatan dan dan diberikan jalan untuk selesaikan isu yang dihadapi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement