Connect with us
Kool FM

Berita

Dipenjara dua bulan, denda RM10,000 hina Permaisuri Selangor

Published

on


SHAH ALAM – Kerana jari badan merana. Seorang peniaga online dihukum penjara dua bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat komen jelek di laman Facebook miliknya terhadap Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bulan lalu.

Hakim Rihaida Rafie menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Nurul Ain Mat Nayan, 32, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, ibu kepada seorang anak itu didakwa menggunakan aplikasi internet melalui telefon bimbit Samsung A30 secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komen jelek dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu dilakukan di Istana Mestika, Seksyen 7, pukul 10.26 pagi pada 26 Jun lalu.

Justeru, dia dakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pada prosiding itu, Siti Nurul memohon maaf dan tidak akan mengulangi kesalahan itu selain akan lebih berhati-hati sekiranya melakukan sebarang hantaran di media sosial.

“Saya dihina akibat memuat naik komen itu sedangkan niat sebenar bukan sebegitu.

“Saya juga mempunyai anak perempuan berusia tiga tahun yang kini trauma dan menangis setiap hari selain gaji suami sebagai penghantar aplikasi makanan terjejas kerana komen tersebut,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Nurbaizura Mohd. Saubian kemudiannya memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya memuat naik komen yang boleh menyakiti orang lain.

“Selain itu, memberikan pengajaran kepada masyarakat secara umumnya supaya tidak menggunakan media sosial secara melulu tanpa mengambil kira kesan dan perbuatan tersebut,” tegasnya. – K! ONLINE

The post Dipenjara dua bulan, denda RM10,000 hina Permaisuri Selangor appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement