Connect with us

Berita

Dilarang Merokok Di Semua Restoran Dan Premis Makanan Mulai 1 Januari 2019

Mulai 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di seluruh negara ini.

Published

on

Mulai 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di seluruh negara ini.
Cadangan tersebut sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuatkuasa pada tahun depan.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, arahan larangan merokok ini membabitkan semua restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan di tepi jalan.

“Kita sedar arahan ini sudah lama wujud namun hanya membabitkan restoran-restoran tertentu sahaja.
“Tetapi kali ini, semua restoran tidak kira sama ada restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka perlu mematuhi arahan ini bermula tahun depan,” katanya.

Menurut beliau lagi, mereka yang merokok di kawasan larangan ini akan dikenakan denda sebanyak RM10,000 manakala restoran yang didapati tidak menguatkuasakan larangan itu pula akan dikenakan denda RM2,500.
Katanya, pihak kementerian tidak akan berkompromi dalam aspek kesihatan rakyat di negara ini walaupun mereka sedar akan timbul pelbagai reaksi daripada perokok dan juga pemilik restoran berikutan arahan ini.

“Masyarakat bukan perokok berhak menikmati makanan mereka tanpa gangguan pencemaran asap rokok yang boleh menjejaskan keselesaan dan kesihatan mereka.
“Peniaga juga tidak perlu risau akan risiko kekurangan pelanggan kerana kita yakin pelanggan akan lebih ramai kerana berasa selesa tanpa gangguan asap rokok,” ujarnya.

Malah beliau juga menegaskan, ini adalah antara usaha KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada asap rokok.

“Situasi ini sekali gus diharap dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek kos rawatan pesakit yang berpunca daripada asap rokok,” katanya.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement