Connect with us

Gaya Hidup

Dilamar Untuk Kembali Ke Dunia Lakonan Tapi Puteri Balqis Tolak Tawaran Berlakon?

Published

on


Pelakon cilik yang berbakat, Puteri Balqis kini sedang menjadi bualan orang ramai sehingga menjadi tumpuan artis dan bahagian produksi yang lain kerana kehidupan yang ditempuh kini sangat berbeza dengan kehidupannya sewaktu namanya melonjak naik dalam dunia lakonan.

Bila kehidupannya yang susah sudah didedahkan menerusi program Bersamamu, ramailah yang datang membantu antaranya produksi A Aida Production yang melamar pelakon berusia 13 tahun ini untuk beraksi semula dalam lakon layar dalan sebuah telefilem berjudul Tiada Galang Ganti.

Malangnya, menurut sebuah portal sehari sebelum penggambaran dilakukan, ibu kepada Puteri, Norashikin Mohd Aziz memaklumkan anaknya menarik diri dan mereka memaklumkan pada saat akhir.

Penerbit A Aida Production, Datuk A Aida berkata dia terkejut dengan keputusan itu kerana pihaknya akan memulakan penggambaran esok dan agak sukar untuk mencari pelakon pengganti disaat akhir.

“Saya okay dan tak jadi isu besar pun. Apa yang pasti, saya sudah cuba bantu mana yang terbaik. Apabila dia sendiri tarik diri pada saat akhir, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Saya tidak mahu masuk campur,” katanya.

Bila dihubungi semula untuk bertanyakan sebab, mesej tersebut dibiarkan tidak dibalas. Mungkin, ada hal yang lebih penting. Bagaimanapun, A Aida bukanlah individu daripada industri yang pertama dalam membuat langkah memberi pertolongan kepada Balqis sebab sebelum ini pelakon Sharifah Sakinah dan pengarah Michael Ang pernah memberi pertolongan kepada Aqish dengan menjual pakaian terpakai di kaki lima.

Sumber: ig sharifahsakinah

Pelakon prolifik Malaysia, Nabila Huda pula,berharap orang ramai terus memberi kata-kata semangat kepada Puteri Balqis untuk bangkit selepas diuji dengan penyakit berkaitan jantung, dua tahun lalu.

Malah, sutradara terkenal, Erma Fatima yang pernah mengangkat bakat Aqish, turut berharap kepada mereka yang ingin memberikan bantuan biarlah terus kepada pihak hospital, supaya wang dikumpul digunakan sebaik-baiknya bagi membiayai kos perubatan remaja itu.

Tak cukup dengan itu, pelakon Zed Zaidi turut bersuara bahawa pihak Seniman dan Finas ada memberi bantuan kepada Balqis beberapa kali tetapi tidak diberitahu kepada umum atas permintaan ibunya.

Baru-baru ini dengar cerita, bantuan terkumpul yang diterima oleh dua beranak ini hampir RM100,000, fuh! Bukan jumlah yang sedikit. Moga kutipan tersebut digunakan ke arah kebaikan dan digunakan dengan berhemah.

Kita yang tak berada di kasut mereka, jangan senang nak menilai atau beri sebarang anggapan yang negatif. Semoga apa yang terjadi semua ni ada hikmahnya.

 

Untuk bacaan yang menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Nama Balqis Dikatakan Tidak Baik Dan Anak Boleh Terkena Penyakit Pelik? Ini Jawapan Mufti WP

Puteri Raja Malaysia Adalah Antara Yang Tercantik Di Dunia

 

 

 

 

Sumber: BHHM



Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement