Home > #CeriteraKool > Dikenali sebagai ‘Pole of cold’, ini kampung tersejuk di dunia.

Dikenali sebagai ‘Pole of cold’, ini kampung tersejuk di dunia.

Jangan tak tahu, terdapat sebuah kampung di Rusia, Oymyakon yang merupakan kawasan paling sejuk di dunia. Purata suhunya pada bulan Januari adalah -50C. Dikenali sebagai ‘Pole of Cold’, suhu paling sejuk yang pernah direkodkan di Oymyakon adalah -71.2C.

 

Image result for Oymyakon

Suhu berkenaan adalah rekod terendah untuk sebarang lokasi yang didiami di bumi dan suhu terendah direkodkan di hemisfera utara.

Kampung berkenaan, yang dihuni 500 orang pernah menjadi perhentian untuk rusa pada 1920 dan 1930-an.

Ironinya, walaupun Oymyakon adalah kampung paling sejuk namum nama Oymyakon bermaksud `air yang tidak beku’ sempena nama mata air panas di kawasan berdekatan.

Kebanyakan penduduk di situ masih menggunakan arang dan kayu untuk memanaskan badan. Kebanyakan bangunan pula masih mempunyai tandas di luar.

 

Disebabkan tanaman tidak boleh tumbuh di situ, mereka makan daging rusa dan kuda. Mereka juga bekerja sebagai penternak rusa, pemburu dan penangkap ikan di kawasan beku.

 

Image result for Oymyakon

Namun penduduk tidak mengalami kekurangan khasiat disebabkan mereka minum susu binatang ternakan terbabit.

Walaupun ada akses kepada telefon bimbit namun telefon tidak boleh berfungsi disebabkan keadaan yang terlalu sejuk.

 

 

 

Sumber: Mynewshub

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply