Connect with us

Hiburan

Dihujani Ucapan Tahniah, TMJ Umum Kelahiran Putera Kedua

Wah.. seronok la Lily & Leo dapat adik!

Published

on

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam awal pagi ini menyambut kelahiran putera kedua.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Tunku Ismail sendiri menerusi laman facebook rasminya kira-kira jam 2 pagi hari ini 17 Julai 2019.

Menerusi perkongsian itu, beliau kelihatan tersenyum gembira di sisi Che Puan Khaleeda bersama-sama putera kedua mereka itu dengan kapsyen:

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” tulisnya.

Tunku Ismail selamat diijab kabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene di Johor pada 24 Oktober 2014.

Pada 25 Jun 2016, pasangan diraja itu telah dikurniakan seorang puteri sulung yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah.

Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement