Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Dihina Kerana Berkahwin Dengan Warga Afrika, Wanita Ini Jawab Persoalan Wargamaya

Tertarik dengan salah satu komen yang dianjurkan, sesetengah masyarakat masih lagi meletakkan ‘kasta’ di antara kaum, negara dan warna kulit. Walaupun dunia sudah maju namun, percaya atau tidak masih ramai yang mempunyai mentaliti bahawa ‘putih itu baik dan cantik manakala hitam itu jahat dan tidak cantik’.

Published

on

Perkahwinan di antara dua negara malah benua bukanlah sesuatu yang menghairankan lagi pada zaman ini. Hal ini adalah kerana, perkembangan teknologi telah menjadikan penghijrahan dan perhubungan antara dunia menjadi lebih mudah. Jika kita lihat, ramai warga asing menetap dan bekerja di negara tercinta kita ini dan ramai juga warganegara Malaysia yang menetap di luar negara bagi tujuan menyambung pelajaran ataupun membina tali kejayaan.

Jadi, memang tidak pelik jika berkahwin dengan orang luar. Lagi pula, jodoh itu rahsia Tuhan yang tertulis, kita sendiri tidak tahu dengan siapa kita akan berjodohan. Selagi pasangan kita itu mampu menjadi pasangan yang terbaik untuk kita, maka tak salah dan tak perlulah dipertikai.

Baca juga: Elfira Loy Galakkan Kongsi Perkembangan Anak Di Media Sosial

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @mamabib sering mendapat pertanyaan daripada wargamaya tentang perkahwinannya bersama suami yang berwarga Afrika. Bukan sahaja itu, dia juga selalu dipandang serong dan dihina hanya kerana memilih untuk berkahwin dengan orang luar.

Apabila ditanya mengapa memilih untuk berkahwin dengan warga Afrika, dia menjawab dengan tenang bahawa itu adalah jodohnya.

Tertarik dengan salah satu komen yang dianjurkan, sesetengah masyarakat masih lagi meletakkan ‘kasta’ di antara kaum, negara dan warna kulit. Walaupun dunia sudah maju namun, percaya atau tidak masih ramai yang mempunyai mentaliti bahawa ‘putih itu baik dan cantik manakala hitam itu jahat dan tidak cantik’.

Walaupun sering menerima soalan yang tidak menyenangkan, @mamabib dilihat bahagia bersama suami dan 4 orang anaknya. Melalui posting video yang selalu dikongsikan di TikTok, keluarga ini dilihat sentiasa ceria dan menghiburkan. Pecah perut ketawa melihat gelagat mereka.

Menerusi ruangan komen, dapat dilihat sebenarnya ramai juga yang meninggalkan kata-kata yang positif buat @mamabib. Hal ini dipercayai kerana dirinya yang sentiasa positif dan rajin menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan baik.

 Semoga @mamabib dan keluarga tetap tabah menghadapi ujian ini dan bahagia selalu bersama.

 

Sumber: @mamabib

Menarik: “Lawa Dan Baik Anak Abby, Tudung Pun Labuh” – Wargamaya Kagum Dengan Cara Didikan Abby Abadi

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement