Connect with us

Hiburan

Didie Alias Patah Jari Manis, Tangan Disimen

‘Hadiah’ paling diingati. Semoga cepat sembuh Didie!

Published

on

Pelakon terkenal Didie Alias menyambut ulang tahun kelahirannya ke-46 baru-baru ini di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Namun, siapa sangka percutian bersama keluarga tercinta itu bertukar tragedi apabila jari manis tangan kanannya patah ketika bermain acara air di pantai.

“Kami sekeluarga bercuti di Port Dickson bagi meraikan ulang tahun kelahiran saya yang ke-46 baru-baru ini.

“Bagaimanapun, saya dapat ‘hadiah’ pada hari terbabit apabila jari manis patah dan pergelangan tangan kanan saya terpaksa disimen selama sebulan,” katanya.

Pada mulanya, Didie menyangka tangannya hanya terseliuh.

View this post on Instagram

Yesssss hamik ko hahaha,hadiah bday tahun nie🤪

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia) on

“Saya ke hospital selepas dua hari insiden itu berlaku. Saya ingat hanya terseliuh tetapi lama kelamaan semakin membengkak.

“Suami memeriksa keadaan tangan, saya tidak rasa apa-apa dan dia bawa saya berjumpa doktor pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selepas X-Ray doktor memaklumkan jari manis saya patah. Doktor beri dua pilihan iaitu melakukan pembedahan atau simen selama sebulan,” ujarnya lagi.

Get well soon, Didie!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement