Semasa & Hiburan
Didakwa Besar Kepala, Nabila Tampil Pertahan Diri
Bella terkilan…
Tidah henti-henti spekulasi dan kontroversi terhadap penyanyi dan pelakon Nabila Razali, bagaimanapun, dia ternyata bukan individu yang akan terus berdiam diri dan membiarkan kisah terpalit itu berlalu pergi tanpa sebarang penjelasan.
Mengakui terkilan dirinya dilabel sebagai besar kepala, Nabila akhirnya tampil mempertahankan diri sekali gus menepis segala dakwaan terbabit.
Katanya, dia sedaya-upaya bangkit semula selepas dihentam teruk susulan insiden nyanyian lagu terbaharu berjudul Peluang Kedua yang ‘terkucil’ dalam satu program hiburan secara langsung tidak lama dulu.
“Kalau saya besar kepala, mungkin saya buat sidang media ini secara dalam maya saja. Tapi, saya masih muncul dan bertungkus-lumus untuk menjayakan majlis ini.
“Saya bangkit semula selepas apa yang berlaku tempoh hari. Sejujurnya, saya memang agak tertekan dan perlukan masa untuk bangkit dan terus bekerja semula.
“Bagi segelintir orang mungkin mereka memandang perkara ini remeh, kerana ada yang menganggap saya dah biasa menyanyi seteruk itu.
“Tapi, bagi saya ia adalah satu isu besar sebab tidak rancang untuk menyanyi seperti itu dan insiden terbabit adalah kali pertama dialami ketika menyanyikan lagu itu secara langsung,” kata Nabila
Tambah Nabila, dia bersyukur di sebalik segala kecaman dan kritikan berkenaan dirinya tetap meneruskan langkah dan nekad memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa.
Sumber dari Harian Metro.