Connect with us

Hiburan

Diana Semakin Bahagia

Dakwaan pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung adalah tidak benar.

Published

on

“Saya tidak berani untuk berjanji atau sumpah atas nama Allah, tetapi lihat ke dalam mata saya. Saya bahagia dengan Farid.”

Itulah yang keluar dari mulut Datin Diana Danielle mengenai spekulasi rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil yang dikatakan sedang bergolak.

Menurut Diana, mereka tidak mempunyai sebarang masalah dan mengakui kasihnya terhadap Farid semakin utuh walupun diduga dengan ujian demi ujian.

Pelakon filem Gol & Gincu 2 ini juga hairan apabila mendengar khabar angin yang mendakwa dia dan Farid tidak lagi tinggal sebumbung, sedangkan mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

“Ironinya, selepas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan, kami semakin bahagia. Memikirkan setiap kesusahan yang ditempuh bersama menyedarkan bahawa saya sentiasa ada untuk Farid begitu juga sebaliknya.

“Setiap kepahitan dan cabaran yang ditempuhi telah mematangkan kami,” kata Diana.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement