Semasa & Hiburan
Dian Sastro Jadi Dewi Api, Bront Palarae Jadi Pengkor!
Bumilangit lancar 7 filem superhero Indonesia
Kalau di Amerika Syarikat, komik Marvel terkenal dengan watak Iron Man, Hulk, Spider Man, Captain America dan Black Widow, manakala DC mempunyai Superman, Batman dan Wonder Woman.
Di Indonesia pula, rangkaian komik popular Bumilangit mempunyai superhero mereka sendiri, dan mereka juga akan diterjemah dalam bentuk filem!
Bumilangit baru baru ini mengumumkan 7 filem superhero Indonesia yang bakal diterbitkan.
Filem-filem itu ialah Sri Asih, Godam & Tira, Si Buta Dari Gua Hantu, Patriot Taruna, Gundala Putra Petir, Mandala Golok Setan dan Patriot.

Foto coconuts.co