Connect with us
Kool FM

Berita

“Dia Pening!” – Pemandu Khayal Langgar Basikal

Seorang pemandu lelaki berbangsa cina dikatakan memandu dalam keadaan khayal sehingga melanggar penunggang basikal yang berada di tepi jalan.

Published

on

Kes kemalangan berpunca dari pemandu mabuk sudah menjadi bahan kumuh dalam masyarakat kita. Boleh dikatakan hari-hari wujud kes sebegini.

Tengoklah apa yang berlaku semalam di Lebuhraya MRR2 menghala ke Ulu Klang berhadapan Tesco.

Seorang pemandu lelaki berbangsa cina dikatakan memandu dalam keadaan khayal sehingga melanggar penunggang basikal yang berada di tepi jalan.

Menurut sumber lagi, penunggang basikal tersebut hanya cedera ringan kerana bergesel dengan kereta tersebut dan kini beliau berada di Hospital Ampang.

Lihatlah beberapa keping gambar yang sempat diambil oleh orang awam yang datang membantu mangsa.

Harap pihak berkuasa ambil tindakan yang sepatutnya terhadap suspek supaya dapat beri pengajaran kepada orang ramai. Hentikanlah sikap tidak bertanggungjawab, kasihanilah mereka yang tak bersalah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement