Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Depresi Bukan Gurauan

Jangan takut atau segan berjumpa doktor, sekiranya mengalami masalah depresi.

Published

on

Masalah depresi atau depression adalah satu penyakit yang serius dan tidak boleh dianggap gurauan.

Jika tidak dikawal, ia boleh mendatangkan kemudaratan sehingga seseorang bertindak di luar kawalan.

Dalam segmen Kool Talk pada 7 Februari, penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz telah membincangkan isu mengenai depresi bersama tetamu jemputan, Dr. Sapini Yakob, seorang pakar psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut beliau, depresi disebut sebagai penyakit kemurungan atau major depressive order (MDD) yang mengikut peringkat dan tidak sama seperti stress.

Faktor depresi:

1.  Genetik

2. Persekitaran (perhubungan, pekerjaan, pelajaran, atau kewangan)

3. Jati diri

Tambah Dr. Sapini, antara cara untuk menangani masalah depresi orang sekeliling perlu menjadi pendengar setia dan memberi nasihat, selain pesakit itu sendiri perlu berjumpa doktor serta berbincang kerana masalah depresi tidak semestinya diselesaikan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Untuk doktor mengatakan seseorang itu mengalami penyakit kemurungan, perlu ada ciri-ciri seperti berikut:

1. Rasa sedih yang berterusan sekurang-kurangnya 2 minggu

2. Tak ada mood

3. Perasaan bersalah yang keterlaluan atau rasa tidak mempunyai masa depan (hopeless)

4. Hilang fokus

5. Kurang atau terlebih selera makan

6. Kurang atau terlebih tidur

7. Mental lambat berfikir

8. Mengalami halusinasi atau dilusi (kategori teruk)

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement