Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Denggi Serang Melaka!

Orang ramai perlu memainkan peranan dengan memastikan persekitaran kediaman dan kawasan tempat tinggal berada dalam keadaan selamat.

Published

on

Melaka mencatatkan sebanyak 530 kes denggi bagi tempoh 13 minggu pertama tahun ini, iaitu meningkat sebanyak 381 kes berbanding hanya 149 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong berkata, sebanyak tiga kematian akibat denggi turut direkodkan di negeri ini sehingga 30 Mac lalu.
“Daripada jumlah itu, daerah Melaka Tengah mencatatkan kes denggi tertinggi dengan 397 kes dan diikuti daerah Alor Gajah (73 kes), manakala daerah Jasin (60 kes).
“Sehingga minggu ke 13 juga terdapat sebanyak 37 lokaliti wabak dikesan di negeri ini.”
Mengulas lanjut, Chee Leong berkata, daripada keseluruhan lokaliti wabak yang dikesan, hanya lapan yang dilaporkan masih aktif sementara selebihnya sudah tamat.
Beliau berkata, lokaliti wabak dikenal pasti ialah di Taman Ayer Keroh Heights; Taman Tasik Utama C; Taman Maju Fasa 4; Lorong Bukit Piatu 1; Taman Melaka Perdana; Taman Saujana Indah; Taman Limbongan Permai dan Taman Tasik Utama.
“Orang ramai perlu memainkan peranan dengan memastikan persekitaran kediaman dan kawasan tempat tinggal berada dalam keadaan selamat.

Antara yang boleh dilakukan:
  1. Orang ramai dinasihatkan untuk menghabiskan 10 minit seminggu bagi tujuan mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar rumah mereka.
  2. Program COMBI (Komunikasi untuk Kesan Tingkah Laku) di semua lokaliti perlu ditingkatkan dari segi lokaliti dan bilangan pasukan COMBI yang aktif menjalankan program ini. Program ini telah terbukti berjaya untuk mengurangkan bilangan kes-kes di lokaliti sebanyak 75%. Orang ramai dinasihatkan untuk mengaktifkan program COMBI bagi memastikan bilangan kes berkurangan.
  3. Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis dan pemimpin masyarakat yang cuba menganjurkan aktiviti-aktiviti kerjasama bagi mengesan dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk di kawasan masing-masing. Mereka juga diminta untuk menjalankan program COMBI untuk memastikan bahawa lokaliti masing-masing bebas daripada nyamuk Aedes.
  4. Semua anggota masyarakat dikehendaki bekerjasama dengan kakitangan perubatan semasa aktiviti kawalan denggi di rumah mereka.

Sumber : Harian Metro, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement