Connect with us

Hiburan

Dendam Pontianak Raih RM1.3 Juta

TAHNIAH!

Published

on

“Hanyamu Selamanya”

Filem Dendam Pontianak lakonan Fazura dan Remy Ishak berjaya membuat kutipan pecah panggung berbanding filem Hantu Kak Limah dan juga Dukun sebelum ini apabila meraih RM1.3 juta keseluruhan.

Lebih membanggakan, kutipan itu diraih hanya dalam masa seminggu ia ditayangkan.

Selain Fazura dan Remy Ishak, Dendam Pontianak turut dilakonkan oleh Hisham Hamid, Shenty Feliziana, Namron dan Tony Eusof.

 

 

Menurut Pengurus Pengedaran dan Pemasaran Filem, Primeworks Studios, Liz Chong berkata, filem itu turut mendapat sambutan hangat di Singapura dan kini kutipan sudah mencecah S$500,000 (RM1.64 juta) di negara itu sejak ia mula ditayangkan pada 29 Ogos lalu.

“Rata-rata mereka berkata menggemari latar cerita memaparkan cinta yang rawan membabitkan watak utama filem Dendam Pontianak, Mina lakonan Fazura,” katanya.

Filem Dendam Pontianak arahan Glen Goei dan Gavin Yap itu turut menampilkan runut bunyi yang didendangkan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kasihku Selamanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement