Connect with us

Hiburan

Delimawati Sedih Pelakon Senior Hidup Susah Di Hujung Kerjaya

Pelakon senior seharusnya diberi bayaran yang setimpal dan berbaloi.

Published

on

Pelakon senior yang cukup dikenali menerusi filem Hantu Kak Limah, Delimawati sedih segelintir rakan artis hidup dalam kesempitan ketika penghujung kerjaya seni mereka.

 

“Ada artis-artis lama seangkatan yang tenggelam terus, kasihan juga sebab sekurang-kurangnya kita ni ada juga sesekali orang panggil.

“Kadang tu nak belanja pun tak ada duit, kita kasihan…jadi kita minta jaga kebajikan kami, ni nak duduk rumah pun tak ada,” katanya.

Dalam pada itu, Delimawati berharap pihak produksi memberi bayaran yang setimpal kepada pelakon senior dan tidak menggunakan tittle ‘senior’ sebagai alasan untuk mereka memberi bayaran yang rendah.

“Di sini bukan macam Hollywood, sana lagi tua lagi mahal. Kalau kita minta dan tuntut bayaran mahal, jawabnya memang langsung kami tak dipanggil berlakon dah.

“Kita bukan demand tapi berpada-padalah, kita ni orang lama persembahan bukan cincai-cincai atau lebih kurang sahaja,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Delimawati bersyukur namanya turut tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) yang bakal berlangsung pada 22 September depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement