Semasa & Hiburan
Dedah Wajah Anak, Rea Kool FM & Suami Pilih Nama Dhia Madeena
Tahniah!!
Selepas seminggu dilahirkan, akhirnya wajah cahaya mata sulung penyampai radio Kool FM Rea atau nama sebenarnya Tengku Nor Suriya didedahkan.
Menerusi laman Instagram, Rea telah memuat naik beberapa keping gambar puteri kesayangannya untuk tatapan umum.
Bayi yang lahir dengan berat 3.05kg pada 13 Julai lalu itu diberi nama Dhia Madeena bermaksud Cahaya Madinah.
Rea meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak pertamanya itu dan menyifatkan ia sebagai satu detik paling indah dan menggembirakan buat dia dan suami.
Dalam posting yang sama, Rea turut menyatakan bahawa dia bakal berkongsi pengalamannya ketika bersalin secara pembedahan.
Rea berkahwin dengan pemain dram Drama Band, Faeez Ikhwan Abdul Halim pada 18 November 2018.
Apa-apa pun, tahniah Rea & Faeez! Semoga Dhia Madeena membesar dengan sihat dan dapat berbakti terhadap kedua ibu bapa ya.