Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Dedah Gajet Terlalu Awal & Lama Pada Anak Tingkat Risiko Autisme? Ini Kata Doktor..

Daripada kajian yang dibuat ke atas kanak-kanak di bawah umur dua tahun yang melibatkan masa pendedahan depan skrin yang melebihi 3 jam sehari menunjukkan kanak-kanak tersebut mempunyai masalah pembelajaran seperti permulaan percakapan yang lambat, tidak boleh fokus dengan lama, dan terlalu aktif.

Published

on

Bila mereka menangis, cara paling mudah untuk buat mereka berhenti menangis dan kembali tenang adalah dengan memberikan mereka gajet elektronik dan ‘puff’ selesai masalah!

Kalau dah kita yang dewasa ni pun, setiap 10 minit ralit dok cek handphone je, inikan pula kanak-kanak yang lebih mudah terhibur dengan alat elektronik pintar. Bila mereka menangis, cara paling mudah untuk buat mereka berhenti menangis dan kembali tenang adalah dengan memberikan mereka gajet elektronik dan ‘puff’ selesai masalah!

Cuma, ramai ibu bapa leka dan kurang ilmu mengenai bahaya alat eletronik ini kepada anak-anak mereka. Betul ke jika terlalu dedahkan anak dengan gajet pada usia yang terlalu awal boleh menyebabkan anak menjadi Austime? Jom ikuti temubual Kool FM bersama Doktor Hon Sai Kit, Pakai Pediatrik, Hospital Pantai Ampang.

Kanak-kanak yang terlalu didedahkan dengan gadjet dan skrin elektronik sama ada televisyen, telefon pintar,  atau permainan komputer akan membawa kesan-kesan yang negatif ke atas kesihatan fizikal, mental, psikososial, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.  Selain itu, kanak-kanak tersebut juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obesiti, kurang keupayaan bersosial, gangguan penglihatan dan sebagainya.

Apakah kesannya kepada mata/kegemukan/kurang khasiat kepada kanak-kanak tersebut?

Jika mata seseorang terdedah kepada skrin elektronik yang agak lama, mata akan menjadi letih, lebih kering serta gatal, dan menjadikan mata kekurangan fleksibiliti untuk fokus kepada objek yang lain. Beberapa kajian telah menunjukkan kaitan bahawa pendedahan skrin yang lama dari peringkat awal umur kanak-kanak dengan rabun dekat semasa persekolahan namun buktinya masih tidak kukuh kerana kekurangan kualiti kajian tersebut.

Pendedahan skrin yang lama juga mempengaruhi gaya hidup yang lebih pasif, kurang aktif bermain di luar rumah dan kanak-kanak lebih suka memakan makanan ringan yang tinggi karbohidrat dan rendah zat-zat makanan seperti yang diiklankan dalam media. Ini secara tidak langsung membawa kepada punca kegemukan dan kekurangan khasiat kanak-kanak tersebut dalam jangka masa panjang.

Pada pandangan DR, bagaimana kaedah pengurusan agar kanak-kanak tidak ketagih dengan gadjet?

Kanak-kanak memerlukan disiplin dan bimbingan daripada ibubapa atau penjaga dari awal lagi. Waktu menonton skrin atau bermain gadjet harus dihadkan supaya tidak kerterlaluan sehingga berjam-jam lamanya. Ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak memberi gadjet kepada anak-anak semasa makan, semasa beraktiviti di luar rumah, semasa memandu dalam kereta dan sebelum tidur. Gadjet juga seharusnya disimpan di tempat bersesuaian dan bukan di dalam bilik tidur.

Gantikan masa bermain gadjet dengan aktiviti yang lain seperti membaca buku, mewarna, bermain buku pelekat atau bermain permainan dalam bilik yang memerlukan interaksi seperti patung, susun suai gambar, masak-masak, catur dan sebagainya.

Risiko gajet terlalu awal sebabkan Autisme?

Daripada kajian yang dibuat ke atas kanak-kanak di bawah umur dua tahun yang melibatkan masa pendedahan depan skrin yang melebihi 3 jam sehari menunjukkan kanak-kanak tersebut mempunyai masalah pembelajaran seperti permulaan percakapan yang lambat, tidak boleh fokus dengan lama, dan terlalu aktif.

Setakat ini, tidak ada bukti yang menunjukkan pendedahan skrin yang lama di peringkat awal boleh menyebabkan autisme, tetapi ini berkaitan dengan kanak-kanak tersebut mempunyai sifat-sifat autisme seperti kurang keupayaan berinteraksi, bersosial dan masalah kelakuan.

Sebaliknya, jika seseorang dikenalpasti autisme, keadaan autisme akan menjadi lebih serius jika kanak-kanak tersebut didedahkan dengan skrin pada masa yang lama.

Cadangan masa untuk gajet kepada kanak-kanak

WHO (World Health Organization) menyarankan agar tidak mendedahkan kanak-kanak kepada gadjet di bawah umur dua tahun. Untuk kanak-kanak umur dua tahun ke atas, dicadangkan masa menonton skrin tidak melebihi satu jam sehari dan mengunakan sekurang-kurangannya 2 jam sehari untuk melakukan aktiviti fizikal yang sederhana atau lebih lasak.

American Academy of Paediatrics (AAP) juga mencadangkan penggunaan media skrin untuk perbualan video sahaja untuk kanak-kanak bawah 18 bulan. Semasa anak-anak melihat media skrin dicadangkan supaya ibubapa memilih program yang berkualiti tinggi yang boleh merangsang pembelajaran sambil memberi tunjuk ajar dan penerangan di sebelah anak-anak. Pengunaan media skrin yang bijak seperti aktiviti pembelajaran seperti E-Learning yang dijalankan oleh tadika dan sekolah pada masa perintah kawalan pergerakan ini pula memberi lebih manfaat daripada keburukan.

 

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement