Hiburan
Dayang Tak Mahu Tangkap Muat
Kualiti itu penting okay!
Published
3 months agoon
By
Kool FMBakat nyanyian Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini sememangnya sukar disangkal.
Buktinya, terbaru mereka meraih kemenangan dalam kategori Artis Kolaborasi/Duo/Bekumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, yang berlangsung Ahad lalu.
Menerusi kategori itu, Dayang dan Hael mengetepikan saingan Alif Satar & Siti Nordiana, Floor 88 & Baby Shima, Insomniacks dan Khai Bahar & Fatin Husna.
Sebelum ini, Dayang dan Hael juga pernah berkongsi kejayaan apabila lagu Haram dijulang sebagai pemenang Juara Lagu pada AJL Ke-33, Februari lepas.
Bercerita mengenai projek kolaborasi seterusnya, Dayang yang muncul dengan single terbaru, Sebentar sentiasa mengalu-alukan kerjasama mereka, namun perlu ada syarat yang harus dipatuhi.
“Saya tidak kisah kembali berduet dengan Hael kerana keserasian antara kami sudah wujud. Sayang jika ia terhenti setakat satu lagu.
“Cuma, kalau boleh, saya tidak mahu kami berduet semata-mata memenuhi hasrat peminat hingga mengabaikan soal kualiti.
“Dayang tidak mahu merakamkan lagu sekadar tangkap muat. Kalau bukan lagu duet, Dayang teringin merakamkan lagu ciptaan Hael pada masa akan datang. Kerjasama ini harus diteruskan,” kata Dayang.
Betul kata Dayang, lagu yang baik haruslah ada kualiti yang bagus.
Kita tunggu sajalah kejutan dari Dayang nanti!