Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Dayang Nurfaizah Ucap Takziah Pemergian Gitaris Aji

Al-fatihah..

Published

on

Penyanyi Dayang Nurfaizah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pemain gitar Aji Samin yang meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah pusat perubatan di Bukit Kemuning, Shah Alam.

Menerusi catatan dalam akaun Instagram miliknya, Dayang yang turut bersedih dengan pemergian gitaris itu turut berkongsi gambar serta kapsyen yang menyentuh hati.

View this post on Instagram

Innalillahiwainnailaihirojiun….. Alfatihah … Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.. Tq for everything …#ajisamin

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

“Thank you for everything..”

Aji atau nama sebenarnya Fauzi Samin adalah antara pemain gitar tempatan berbakat besar yang kerap mengiringi persembahan penyanyi popular seperti Datuk Ramli Sarip, Ella dan ramai lagi.

Rakan baiknya yang juga pengarah muzik, Faizal Uzir berkata, Aji mengalami serangan jantung di rumahnya selepas Subuh di rumahnya hari ini sebelum dibawa ke pusat perubatan berkenaan.

Difahamkan Aji juga baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 kelmarin.

Selain Ramli dan Ella, ramai penyanyi pernah bekerjasama dengannya dalam rakaman album, single dan konsert turut meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah di laman sosial masing-masing.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement