Connect with us

Hiburan

‘Daulat’ Gabungkan Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan Tony Eusoff!

Dah sedia untuk filem thriller politik ini?

Published

on

“Langkah pertama kita untuk dapatkan balik takhta, kita kena kukuhkan tapak.”

Foto Instagram imranbsheik

Itu adalah antara bait dialog dalam filem baru genre political thriller berjudul Daulat yang dijangka ditayangkan pada tahun 2020.

Filem arahan pengarah Jibril, Imran Sheik dibintangi oleh Vanidah Imran, Tony Eusoff dan Rashidi Ishak.

Vanidah bakal memegang watak sebagai seorang ahli politik bernama Suri, manakala Tony memegang watak bernama Hasan.

Foto Instagram vanidah_imran

Menurut Vanidah, dia dan bekas suami Rashidi menjalani sesi ujibakat seperti pelakon lain sebelum mendapatkan watak yang mereka jayakan dalam filem itu.

Foto Instagram rashidi_ishak

Filem Daulat turut dibintangi Cristina Suzanne sebagai Nadiya Hassan, Jasmine Suraya sebagai Jasmin Cho dan Zul Zamir sebagai Ali Fahim.

Nantikan filem thriller politik ini, menemui penonton tahun depan yang dijangka ditayangkan di platform penstriman Netflix.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement