Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Datuk Rosyam Nor Terkilan Tidak Dapat Mengaji Untuk Arwah Bapanya

Sebak…

Published

on

Siapa je yang tak kenal dengan hero nombor satu Malaysia dan legenda yang juga merupakan seorang pelakon, pengacara, dan penerbit, Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Datuk Rosyam Nor ini.

Baru-baru ini Datuk Rosyam Nor berkongsi kisah disebalik kejayaan sebagai pelakon, tersimpan satu kisah yang tidak diketahui ramai.

KL Special Force' star Datuk Rosyam Nor names his Top 5 movie ...

Dalam satu program temu bual, Datuk Rosyam ada berkongsikan kisah pemergian tentang arwah bapanya yang memberikan pengajaran paling besar buat dirinya. Rosyam mendedah penyesalan yang terbuku dihati apabila tidak dapat mengaji untuk jenazah arwah bapanya.

“Saya tak salahkan ibu bapa kerana saya pun dibesarkan di Kuala Lumpur dan kami tidak ada sekolah agama pada ketika itu. Bila bapa saya meninggal bayangkan saya tidak boleh mengaji untuk jenazah arwah bapa saya sebab saya tak tahu mengaji.

“Saya tengok jenazah bapa saya terbujur kaku tapi saya tak boleh nak mengaji untuk jenazah arwah bapa saya,” katanya.

Bukan itu sahaja, Datuk Rosyam turut tidak dapat menahan sebak ketika berkongsikan kisah tersebut, akui terkilan namanya cukup besar di dalam industri hiburan tanah air tetapi tidak dapat mengaji untuk arwah bapanya.

SARAWAK ARITOK on Twitter: "Datuk Rosyam Nor bersama Datin, anak ...

“Yang saya tahu nak baca pada ketika itu hanyalah Al-Fatihah dan tiga Qul, itu sahaja dan saya merasakan betapa hinanya saya.

“Nama saya besar, saya diangkat menjadi hero nombor satu Malaysia, hero Malaya tapi bila bapa mati kau tak boleh sedekahkan,” katanya.

Namun, Rosyam berkata dia berdoa kepada Allah mahu belajar mengaji dan kemudian dipertemukan dengan seorang ustaz pada usia 45 tahun ketika penggambaran akhir filem KL Gangster 2.

“Dari situ terdetiklah di hati saya… Mak saya selalu pesan apa-apa pun doa. Saya minta pada Allah saya nak mengaji, tolonglah aku Ya Allah.

“Akhirnya Allah temukan saya ketika berumur 45 tahun dengan seorang ustaz, bukan di masjid tapi di lokasi KL Gangster,” kongsinya.

Mari sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapa Datuk Rosyam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement