Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Datuk Rizalman Tubuh Yayasan, Bantu Orang Ramai Belajar Al-Quran

Alhamdulillah…

Published

on

Pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim, menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian al-Quran. Selepas mengumumkan persaraannya dari dunia fesyen pada Februari lalu, Rizalman kini mahu menumpukan sepenuhnya untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Bercakap mengenai yayasan yang ingin ditubuhkan,  ia merupakan sebahagian daripada usaha yang dilakukan selari dengan penubuhan Yayasan RI yang akan dibangunkan kelak. Ujarnya pusat pengajian itu untuk golongan dewasa untuk belajar mengaji.

View this post on Instagram

seikhlas mungkin. . . . jaRIah

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Dipetik dari kapsyennya,

“Anda tahu kan saya dalam proses nak tubuhkan Yayasan RI. Jadi, antara niat saya ialah menubuhkan pusat pengajian al-Quran untuk golongan orang-orang dewasa.

“Siapa yang tak sempat belajar mengaji dengan betul, yang nak belajar dan memperbetulkan bacaan mereka, aku akan gajikan ustaz, belikan barangan kelengkapan” tulisnya.

Kata Rizalman, syarikatnya Rinetwork akan membiayai sepenuhnya pusat pengajian tersebut sendiri sementara menunggu kelulusan penubuhan yayasannya itu.

View this post on Instagram

segak ka?

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

“Saya akan gajikan para ustaz dan ustazah, cari tempat, belikan kelengkapan serta berikan wakaf mushaf Amazing tu di situ dan akan bertempat di Johor Bahru sebagai negeri pertama,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan niat baik pereka fesyen itu dan semoga usahanya untuk melakukan amal jariah itu akan sentiasa permudahkan.

Alhamdulillah, semoga usaha murni Datuk Rizalman diteruskan dan dapat membantu orang ramai khatam Al-Quran.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement