Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Dapur Gas Cepat Habis? Ini Tip Untuk Menggunakan Gas Memasak Dengan Jimat!

Selamat mencuba!

Published

on

Untuk anda yang sering memasak dengan menggunakan dapur yang memerlukan gas, kadangkala akan menjadi leceh apabila gas habis dan anda perlu ke kedai untuk membelinya. Jika nasib anda baik, mungkin akan ada pekerja kedai yang akan tolong mengangkat tong gas itu untuk anda. Jika tidak, terpaksalah pikul tong gas yang berat tu ke kedai runcit.

Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diamalkan untuk memastikan penggunaan gas di dapur menjadi lebih jimat suapaya anda tidak perlu membeli gas dengan kerap.

1.Memastikan Penutup Periuk Sentiasa Ditutup

Blue Diamond Enhanced Ceramic 12' Non-Stick Covered Fry Pan - Domestify

Sumber : Domestify

Ini merupakan tip mudah yang kita jarang lakukan. Dengan menutup lauk masakan dengan penutup periuk, haba dari dalam periuk tidak dibebaskan begitu sahaja sekaligus dapat menjimat tempoh memasak makanan.

2. Menghidupkan Dapur Sejurus Memulakan Masakan

The cooking mistakes EVERYONE makes in the kitchen | Daily Mail Online

Sumber : Daily Mail

Perasan ataupun tidak, kita seringkali lupa untuk menutup api dapur sebelum memasak dan kadangkala sambil memasak kita akan memotong bahan-bahan masakan yang lain. Namun sedar ataupun tidak, perbuatan ini menyebabkan penggunaan gas meningkat.

Jadi salah satu cara yang terbaik adalah dengan memastikan semua barangan dan alatan memasak telah disediakan terlebih dahulu.

3. Memadam Dapur Gas Lebih Awal Dari Kebiasaan

How to Remember to Turn Off the Stove | Tasting Table

Sumber : Testing Table

Kadangkala setelah siap masak, kita seringkali berasa was-was dengan bahan protin dalam masakan samada sudah masak ataupun tidak. Disebabkan risau makanan tidak dimasak, kita akan lebih cenderung untuk menambahkan tempoh masakan untuk memastikan bahan dimasak dengan baik.

Anda boleh cuba dengan mengamalkan memadam dapur lebih awal dari kebiasaan dan biarkan makanan dimasak dengan sendiri di dalam periuk anda.

4. Memasak Dengan Menggunakan Periuk Seramik Atau Periuk Kaca

Kaca kaca: panci telus tahan panas untuk dapur dan dapur elektrik, model kaca untuk ketuhar, pilihan set

Sumber : techinfus.com

Memasak dengan menggunakan periuk seramik atau periuk kaca lebih jimat jika dibandingkan dengan memasak menggunakan periuk keluli tahan karat.

Ini kerana material seramik dan kaca tidak memerlukan suhu kepanasan yang tinggi berbanding keluli tahan karat. Jadi waktu memasak dapat dijimatkan dan sumber penggunaan bahan api dapat dijimatkan untuk penyediaan hidangan.

5. Penyediaan Bahan Masakan Terlebih Awal

green vegetable on brown wooden table
Selain peralatan memasak, penyediaan bahan utama masakan juga turut penting. Pastikan penyediaan makanan lebih awal untuk mengelakkan penggunaan gas.

Mungkin untuk menjimatkan masa dan penggunaan gas, anda boleh merendam beras 30 minit lebih awal, merendam bahan kekacang semalaman dan sebagainya.

Semoga tip ini bermanfaat dan dapat menjimatkan perbelanjaan anda setiap bulan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement