Semasa & Hiburan
Daphne Iking Kongsi Foto Berhijab Penuh, Cantik!
Semoga terbuka pintu hati Daphne untuk berhijab suatu hari nanti.
Pelakon dan pengacara, Daphne Iking ada berkongsi sekeping foto selfie memakai hijab pada Jumaat lalu.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Twitternya buat tatapan umum.
Hi Sis. pic.twitter.com/grmgThavvt
— Daphne Iking (@DaphCLPT) November 29, 2019
“Hi Sis,” tulisnya ringkas.
Dalam foto tersebut, Daphne mengenakan tudung bercorak krim biru lembut dengan baju bewarna biru.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kejelitaan pelakon kelahiran Keningau, Sabah itu memakai tudung penuh.
Stunning 😍
— vez. (@vez_ter) November 29, 2019
Hi sistur ayu sungguh di hari jumaat nie 😘😘😘
— Qila🐺 (@aqilahsalma24) November 29, 2019
MasyaAllah!!! Macam bidadari syurga indah paras rupa 🤩
— Mommy Marvel (@aduhla10) November 29, 2019
SO CANTIK!!!
— E K O (@naimisme_) November 29, 2019
Manisnyaaaa… suka tgk, teruskan ye sis 🤗
— kakniddd (@hazranida) November 29, 2019
alahai.. lawanya kakak bertudung.. moga2 kekal istiqamah ya
— Jijul (@zulhakim94) November 29, 2019
Untuk pengetahuan, Daphne telah memeluk agama islam dan mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Azmi Abdul Rahman pada Februari 2011.