Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

“Dalam 2 Hari Ni Barulah Nampak Senyum, Boleh Bergurau Balik” – Saharul Ridzwan

Semoga dipermudahkan semuanya…Tak sabar nak tengok Ali main dengan adik baru!

Published

on

Orang perempuan bila hamil, memang bermacam-macam ragam.

Isteri kepada pelakon, Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir yang kini sedang hamil anak kedua turut melalui pengalaman yang sama.

Menurut pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu di Instagram, mood isterinya kembali normal setelah memasuki trimester kedua.

View this post on Instagram

Selepas 1st trimester ni, barulah nampak ada "tenaga" dekat muka dia. Lain betul pembawakan mood awak pregnant kali ni ye . Dalam 2 hari ni barulah nampak senyum, boleh bergurau balik, boleh gelak. Alhamdulillah. Sy tahu awak penat lain macam sikit kali ni, melawan rasa mual and muntah. Ini tak betul, itu tak kena. 😅 . Thanks for everything sayang, sy doakan semuanya dipermudahkan Allah. Amin ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Lega dengan perkembangan positif itu, Saharul mendedahkan Deena kini lebih bertenaga, malah sudah boleh bergurau senda dan ketawa setelah mengalami mual dan muntah yang teruk sebelum ini.

Terdahulu, Deena atau nama penuhnya Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir mengumumkan dirinya berbadan dua pada 26 Oktober lalu.

Pasangan ini sedang menanti hari menimang cahaya mata kedua, selepas memiliki seorang anak lelaki bernama Luth Ali yang berusia dua tahun.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement