Connect with us
Webinar Kool

Berita

Dah Boleh Ziarah Kubur Di Johor

Semua pelawat perlu mematuhi SOP ditetapkan KKM.

Published

on

Aktiviti menziarahi kubur telah dibenarkan kerajaan Johor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mulai semalam (Rabu).

Bagaimanapun, semua pelawat perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi, berkata, ia termasuk memakai pelitup muka, membersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman, menjaga penjarakan sosial lebih daripada satu meter, tidak digalakkan bersalaman dan bersentuhan selain tempoh ziarah yang tidak terlalu lama.

“Umat Islam di negeri ini dibenarkan menziarahi Tanah Perkuburan Islam Kerajaan dan Tanah Perkuburan Islam Kariah sepanjang PKPP dikuatkuasakan bermula hari ini (Rabu).

“Waktu ziarah dibenarkan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang kecuali untuk urusan pengebumian jenazah. Waktu ini juga terpakai untuk kerja pembersihan, pemasangan kepuk dan kerja berkaitan di tanah wakaf perkuburan,” katanya.

Katanya lagi, bacaan talqin dan tahlil ketika pengebumian juga perlu dilakukan secara ringkas dan tidak mengambil masa panjang, sepanjang PKPP berkuatkuasa.

Bulan lalu, umat Islam di Johor dilarang melakukan aktiviti ziarah ke tanah perkuburan pada Aidilfitri lalu, bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement