Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

“Dah Berdua Baru Nak Gembira? Payah lah…” – Erra Fazira

Erra masih kunci mulut mengenai hubungan dengan Shahir, akui masih masih berkawan.

Published

on

Instagram Erra Fazira

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira berkata, dia bersyukur dengan kehidupannya ketika ini.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Dalam apa juga situasi, saya perlu membahagiakan diri. Kalau tunggu apabila berdua baru mahu gembira, payahlah….”

Tenang ketika ditanya mengenai status hubungannya Shahir, Erra berkata, persoalan itu mungkin akan terhenti apabila dia membuat pengumuman sama ada mereka masih bercinta atau sudah putus.

Sumber NSTP

“Saya bukan budak sekolah yang perlu membuat pengakuan apabila menjalin hubungan. Sejak awal lagi, saya tidak pernah membuat apa-apa pengakuan mengenai hubungan kami. Tetapi, jika memang kami putus, lambat-laun orang akan tahu juga.”

Terus diasak persoalan yang sama, Erra hanya berkata, dia dan Shahir masih berkawan, namun tiada perancangan untuk membawa hubungan mereka ke fasa baharu.

“Peluang kedua itu datang tidak kira usia. Saya juga tidak terkecuali mahu mencari kebahagiaan, tetapi tidak semestinya ia hanya ditemui apabila hidup berdua. Bahagia itu subjektif.

“Sudah tentu, sebagai wanita, saya gembira jika dipertemukan dengan jodoh yang baik, malah itu juga menjadi doa saya selepas lima tahun bersendiri.”

Sumber : Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement