Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Daddy’s Little Heartbreaker – Henry Goulding Teruja Dengan Kedatangan Cahaya Mata Pertama

Henry Goulding, anak kelahiran Sarawak yang berjaya mencipta namanya sebagai seorang artis di Hollywood menimang cahaya mata yang pertama bersama pasangannya, Liv Lo, yang juga merupakan pelakon dan personaliti TV terkenal.

Published

on

Henry Goulding, anak kelahiran Sarawak yang berjaya mencipta namanya sebagai seorang artis di Hollywood menimang cahaya mata yang pertama bersama pasangannya, Liv Lo, yang juga merupakan pelakon dan personaliti TV terkenal.

Berita gembira tentang kelahiran anak pertama mereka itu dikongsikan di laman Instagram peribadi milik Henry, semalam. Wargamaya termasuk rakan-rakan artis tidak putus-putus mengucapkan tahniah buat kedua pasangan ini.

Walaupun begitu, pelakon utama yang membintangi filem Crazy Rich Asians ini, belum mendedahkan perincian seperti jantina mahupun masa kelahiran bayinya. Malah, wajah penuh bayi tersebut juga masih belum dikongsikan.

 Baca juga: Nad dapat anak perempuan

Terbaru, Henry memuat naik video pendek yang melihatkan bayinya tersenyum lebar. Walaupun video tersebut hanya menampakkan bahagian mulut dan dagu tapi itupun sudah cukup mencairkan hati ramai.  Comel betul tersenyum macam tu.

Dengan kapsyen “peruntuh hati Ayah”, jelas Henry begitu teruja dengan kedatangan anak sulung pertamanya itu. Ya lah, ayah mana tidak sayangkan anak. Lagi-lagi bila dapat melihat senyuman si kecil, lemah hati ayah.

Melihat ruangan komen, ada juga yang berkata senyuman si cilik ini persis seperti ayahnya.

Kalau dah senyuman pun semanis pelakon dan model kacak Henry Goulding, mesti comel sangat, cair hati orang yang melihat.

Baca juga: “Takkan RM100 Pun Tak Ada Dalam Wallet” – Pelanggan Terkilan Disindir Tiada ‘Cash’

 

Sumber: Instagram  Henry Golding

 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement