Connect with us
Kool FM

Semasa

Dadah Psikedelik Ada Di Rumah Kita?

Psikedelik boleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul dan cecair.

Published

on

Dadah Psikedelik. Namanya saja sudah membuat kita semua berkerut muka kerana jarang mendengar jenis dadah ini. Bahkan lebih bahaya lagi apabila dadah ini kemungkinan besar terdapat di sekitar rumah kita.

Dalam Kool Chat pagi tadi, Dr Ravi A/L Ravada memberi penerangan tentang dadah Psikedelik. Menurutnya, dadah ini bukan sejenis dadah tapi merupakan kumpulan kecil dadah yang mengandungi bahan halusinogen sehingga membolehkan individu boleh berhalusinasi.

Image

“Kesan Psikedelik adalah keadaan apabila seseorang terfikir dalam fikiran akan wujud. Psikedelik ini juga terdiri daripada halusinasi termasuklah visual, sentuhan, suara, bau dan sebagainya,” jelasnya ketika pihak Kool FM menghubunginya.

Psikedelik boleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul dan cecair. Untuk pengetahuan anda, dadah ini tidak berbau, tidak berwarna dan berasa pahit.

“Dadah ini dihasilkan dari asid lysergik yang didapati dari cendawan yang tumbuh pada tumbuhan gandum,” jelasnya secara ringkas.

Untuk dengarkan perbincangan lebih, klik saja disini

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kerana Gian, Sanggup Heret Bayi Berusia 2 Bulan Ke Sarang Dadah

Rampas RM12.3 juta dadah di Pulau Pinang

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement