Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Cuba 7 Bahan Dapur Ini Yang Boleh Redakan Demam Atau Selesema

Senang dan mudah tau!

Published

on

Cuaca panas yang tidak menentu pasti akan menyebabkan ramai yang mengalami demam atau selesema. Lebih buruk, kedua-duanya sekali. Situasi ini pasti akan membuatkan anda kurang selesa untuk melakukan aktiviti harian.

Selain mengambil ubat dan berjumpa dengan doktor, anda juga boleh cuba mengambil bahan-bahan yang mudah dijumpai di dapur ini.

1. Halia

7 Manfaat Kesehatan dari Jahe yang Belum Banyak Diketahui ...

Anda hanya perlu campurkan halia dan limau di dalam air minuman yang sejuk atau pun suam. Ambil sekurang-kurangnya dua kali sehari. Amalkan sehingga demam dan selesema reda.

2. Madu

Pengeluar produk madu terbesar Australia nafi guna madu palsu ...

Madu asli mempunyai agen antibakteria dan antivirus yang boleh membantu melawan jangkitan bakteria. Selain itu, madu juga berguna kalau anda turut mengalami sakit tekak dan batuk-batuk.

3. Bawang putih

Perhatikan, 12 Manfaat "Hebat" Bawang Putih Halaman all - Kompas.com

Ciri-ciri antivirus dalam bawang putih juga menghasilkan antioksida. Jadi, untuk mendapatkan khasiatnya, cubalah untuk makan bawang putih ini mentah-mentah.

4. Sayuran hijau

Benarkah Penderita Asam Urat Harus Pantang Sayuran Hijau?

Kandungan nutrien yang tinggi dalam sayur-sayuran hijau sebenarnya boleh membantu tubuh melawan demam dan selesema.

5. Buah beri

How blueberries help to kill cancer cells

Antioksida dalam buah beri sangat aktif berbanding buah-buahan segar yang lain. Mengandungi tahap antosianin, salah satu antioksida yang sangat kuat dalam membantu meningkatkan imuniti tubuh melawan demam dan selesema.

6. Jintan manis

Jual Premium Fennel Seed - Adas Manis - Jintan Manis - Imported ...

Kalau anda mengalami batuk dan sesak nafas, pengambilan jintan manis sangat membantu. Anda hanya perlu tambahkan jintan manis yang dikisar bersama bawang putih, gula dan kulit kayu manis dalam air panas, tapis dan minum airnya.

7. Kunyit

Kunyit-John-Douillards-LifeSpa-640x444 - IMPIANA

Kunyit memang terbukti mampu merawat jangkitan virus dan bakteria sejak turun temurun. Anda boleh tambahkan kunyit di dalam makanan sepanjang mengalami selesema. Untuk lebih berkesan, tambahkan kunyit dalam susu atau jus minuman.

Haa, mudah je kan? Boleh dikatakan ke semua bahan-bahan di atas ini ada di dalam dapur anda. Jika anda mengalami selesema ataupun demam, mungkin boleh cuba cara ini!

Selamat mencuba!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement