Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Cuaca Panas Sehingga Mac, Pihak Pengurusan Sekolah Perlu Lakukan 6 Perkara Ini!

Kementerian Pendidikan menasihatkan pihak pengurusan sekolah supaya mengambil langkah perlu susulan cuaca panas dan kering.

Published

on

Kementerian Pendidikan menasihatkan pihak pengurusan sekolah supaya mengambil langkah perlu susulan cuaca panas dan kering.
Pihak pengurusan sekolah perlu:
  1. Memantau aktiviti yang mendedahkan murid kepada cuaca panas;
  2. Menangguhkan semua aktiviti Iuar bilik darjah jika cuaca panas;
  3. Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di sekolah;
  4. Menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti sesuai;
  5. Membekalkan air minuman kepada pelajar asrama yang berdepan sumber air kritikal
  6. Bekerjasama dengan klinik sekiranya murid berdepan komplikasi cuaca.
Fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat negara dan Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac ini.
Menurut jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut.

“Negeri di bahagian utara iaitu Perlis, Kedah dan di bahagian utara Perak mencatatkan suhu sehingga 37 darjah Celcius.
“Bagaimanapun, ia tidak berlaku setiap hari dan setakat ini kita tidak nampak (jangka) ia (suhu) akan sampai hingga 40 darjah Celcius di negeri-negeri tersebut,”

Fenomena cuaca panas itu tidak berlaku di negeri-negeri pantai timur dan Sarawak.
Taburan hujan yang dicatatkan di kebanyakan negeri yang terlibat pada bulan ini juga adalah rendah berbanding bulan lain.

“Stesen Meteorologi Chuping sudah 27 hari tidak merekodkan hujan. Biasanya hujan yang dicatatkan adalah purata 15 hari sebulan. Di Lembah Klang pula purata hujan yang dicatatkan bulan ini adalah 150mm berbanding 300mm pada bulan lain”

Met Malaysia dalam kenyataan berkata suhu tinggi berlaku sekitar 2 hingga 4 petang di negeri barat manakala di Sabah adalah sekitar 1 tengah hari hingga 3 petang.

Sumber : Berita Harian

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement