Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

COVID-19: Pelajar Mesir Tidak Terkecuali Terima Bantuan Daripada Aaron Aziz

Semoga Aaron terus dimurahkan rezeki

Published

on

Tatkala rata-rata selebriti tempatan sibuk dengan memberikan bantuan buat individu yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan barisan petugas hadapan, pelakon Aaron Aziz turut tidak ketinggalan untuk melakukan perkara yang sama.

Malah, pelakon yang popular menerusi filem Ombak Rindu itu mengambil pendekatan untuk membantu pelajar-pelajar yang berada di luar negara termasuk Mesir.

Menerusi laman Instagram pelakon tersebut, Aaron telah memuat naik sebuah video memaparkan pelajar-pelajar tersebut mengucapkan terima kasih buat dirinya yang telah menghulurkan beberapa barangan keperluan asas terutamanya makanan buat mereka.

Menariknya menerusi kapsyen terbabit, Aaron sempat memaklumkan bahawa anaknya juga bakal ke Jepun selama 3 tahun 8 bulan.

Namun, tidak dapat dipastikan tujuan anaknya ke sana malah rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan Aaron sekeluarga dan berharap turut diberi peluang untuk turut serta dalam membantu individu yang terkesan.

Dalam perkembangan lain, Aaron turut bekerjasama dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Yayasan Salam Malaysia dan Journey to Insyirah dalam pengagihan bantuan keperluan asas di Sabah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement