Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

COVID-19: Ini Panduan Nak Hadiri Kenduri Kahwin Anda Wajib Tahu

Published

on


Kalau selak kalendar, rupanya kita sudah memasuki musim cuti sekolah. Apalagi, semakin ramailah pasangan yang memilih waktu ini untuk melangsungkan perkahwinan. Kalau dah jiran dan kawan-kawan yang ajak, mestilah kita wajib pergi betul tak?

Namun, dengan keadaan jumlah peningkatan kes jangkitan Koronavirus mesti anda risau nak menghadiri majlis kenduri kahwin yang bercampur dengan ramai orang. Tuan rumah pula takkanlah nak batalkan sahaja  majlis mereka yang sudah dirancang sejak tahun lepas, kan?

Jadi, dalam artikel kali ini, kami di Donna akan kongsikan panduan macam mana nak hadiri majlis kahwin di musim penularan virus ini. Langkah-langlah ini dibahagikan kepaa dua iaitu tuan rumah dan tetamu. Baca sampai habis tau.

Tuan rumah/ empunya majlis

-Memandangkan virus ini mudah berjangkit melaluit ceciar dari rongga mulut dan sentuhan tangan. Anda disaran agar tak bersalaman dengan tetamu yang datang. Gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada belah kiri sebagai hormat kepada mereka.

-Kalau anda demam, batuk, atau selesema. Jangan berada berdekatan dengan khalayak sebaliknya anda berada pada jarak 1 meter daripada mereka.

-Kerap cuci tangan dengan sabun. Kalau mustahil nak cuci tangan selalu sebab ramai tetamu nak kena tegur, ambil hand sanitizer dan letak dalam poket selalu.

-Sediakan tempat yang cukup dan sabun untuk tetamu.

-Kalau ada duit lebih sikit, apa salahnya tuan rumah hadiahkan hand sanitizer kepada tetamu.

Tetamu

-Sama juga, elakkan bersalaman sebaliknya gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada belah kiri sebagai hormat kepada mereka.

-Cuci tangan dengan sabun sehingga bersih. Jangan ala kadar sahaja tau.

-Kalau anda mempunyai gejala, jarakkan diri 1 meter bila bersembang dengan individu lain.

-Pakai topeng muka untuk datang ke majlis kenduri atau kalau rasa macam tak sihat atau lebih baik elakkan untuk hadir lamgsung.

-Kami di Donna berharap agar pembaca dapat mempraktikkan langkah-langkah di atas untuk keselamatan keluarga dan anak-anak. Sebarkan kepada kawan-kawan agar penularan COVID-19 ini dapat dibendung.

 

Baca juga :

Betul Ke Cuaca Panas Kurangkan COVID-19, Netizen Keliru Nak Percaya Dr ke Prof ni?

COVID-19: Solat Jumaat Di Perlis Batal, Ganti Solat Zohor Di Rumah

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Public Health Malaysia

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement