Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

COVID-19: 673 Kes, 2 Kematian Di Malaysia

Published

on


Satu dunia masih lagi hangat membincangkan wabak berjangkit, COVID-19. Lebih-lebih lagi Perdana Menteri YAB Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa Perintah Kawalan Pegerakan dikuatkuasakan bermula 18 Mac ini sehingga 31 Mac untuk mengurangkan jumlah kenaikan pesakit wabak ini.

Sehingga kini Malaysia mencatatkan sebanyak 673 kes dilaporkan sejak semalam. Namun, apa yang mengejutkan orang ramai lagi apabila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sudah 2 kes kematian disebabkan wabak COVID-19.

Sumber: cariangoogle

Detail 2 kes kematian…

Menurut pihak berkuasa, dua kematian wabak ini adalah kes 178 dan kes 358. Kes ke-178 terdiri daripada lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling baru-baru ini.

Bagaimanapun, mangsa bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai. Pada 12 Mac selepas positif COVID-19, keadaannya merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disah meninggal dunia pada 17 Mac.

Sementara itu, kes ke 358 lelaki warga tempatan 60 tahun mempunyai sejarah kronik. Mangsa mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac. Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Dia disahkan meninggal dunia pada 17 Mac juga.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010.

Apa yang penting, jaga kebersihan, elakkan berada di luar dalam tempoh yang lama dan kerap cuci tangan.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kes COVID-19 Makin Meningkat, Selebriti Ini Masih Berseronok Di Luar Negara

Betul Ke Pisang Dapat Elak Dari Dijangkiti Covid-19?

 

 

 

 

 

Sumber: KKM

 



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement