Connect with us
Kool FM

Berita

Covid-19: 13 kes baharu, satu kematian

Published

on


PUTRAJAYA – Sebanyak 13 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes positif mencecah 8,897 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 13 kes baharu itu, 10 kes membabitkan penularan tempatan manakala, bakinya adalah kes import.

Beliau berkata, kes import masing-masing membabitkan warganegara Pakistan, Kazakhstan dan Indonesia.

“Manakala, kes penularan tempatan pula adalah enam kes di kluster Bukit Tiram dan masing-masing satu kes di Pahang, Sabah, Sarawak.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, satu kematian direkodkan hari ini menjadikan membabitkan kes ke-8,743 iaitu seorang wanita tempatan berusia 63 tahun.

“Mangsa mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini – K! ONLINE

The post Covid-19: 13 kes baharu, satu kematian appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement