Connect with us

Hiburan

“Comelnya Macam Shizuka!” Persembahan Dato’ Sheila Majid di Jepun Kembali Tular

Play banyak kali pun tak muak..

Published

on

Siapa yang tak kenal dengan Dato’ Sheila Majid? Penyanyi yang popular dengan suara merdu dan lunak selain mempunyai wajah yang jelita walaupun usianya kini 54 tahun.

Terkenal dengan lagu popularnya iaitu Sinaran, video penyanyi tersebut menyanyikan lagu berkenaan pada Festival Muzik di Tokyo ke 18 pada tahun 1989 kembali tular di laman sosial.

Dimuat naik oleh pengguna Twitter yang bernama @lowkeyizz, video berkenaan mendapat lebih 50,000 jumlah tontonan selain perkongsian sebanyak 2,800.

Sementara itu, menerusi laman Youtube pula, rata-rata memuji kemerduan suara penyanyi tersebut dan penampilan Dato’ Sheila Majid pada malam itu.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah pada minit ke 1:17 dimana penyanyi Zainal Abidin turut kelihatan dalam video tersebut.

Image result for penyanyi zainal abidin jepun sheila majid

Penyanyi Zainal Abidin yang bertindak sebagai pemain dram pada persembahan berkenaan turut dilihat seronok dengan nyanyian Dato’ Sheila Majid.

 

Sumber daripada: Twitter @lowkeyizz

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement