Semasa & Hiburan
Comel! Ardy Wira, 'Big Boy' Betty Rahmad.
Baru-baru ini, pelakon Betty Rahmad berkongsi perkembangan putera sulungnya, Ardy Wira.
Baru-baru ini, pelakon Betty Rahmad berkongsi perkembangan putera sulungnya, Ardy Wira.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Betty memberitahu anaknya itu sudah memasuki usia dua bulan dan kelihatan Ardy begitu sihat dan comel!
“Morning talk with mommy this morning. Alhamdulillah my baby is 2 months old already,” tulisnya.
Menariknya, Ardy seolah-olah memahami perbualan ibunya itu dan sudah pandai membalas usikkan Betty dengan senyuman cukup manis.
Video tersebut turut mendapat perhatian netizen termasuk rakan artis yang turut jatuh hati pada kecomelan Ardy!
Untuk pengetahuan, Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Wah, cepat je masa berlalu kan? Pejam celik-pejam celik dah masuk usia dua bulan.
Semoga membesar dengan baik dan taat pada kedua ibu bapa okay, Ardy?