Connect with us
Hot Kool Jam

Cinta Sup Bunjut 2

Sinopsis

Selepas kejadian ribut di Kampung Sabar Menanti, Azman pulang ke Kula Lumpur. Kehidupan Azman kosong. Kawan-kawan Azman seolah-olah menjauhkan diri daripada Azman. Fadil telah dinaikkan pangkat, manakala Dato’ Razak pula acuh tak acuh pada Azman. Semua kenangan semasa di Homestay Tinggal Kenangan sering menghantui Azman, sehingga membuatkan Azman tertekan. Saadiah pula memaksa Zamir mengikutnya ke Kuala Lumpur untuk mencari Azman. Saadiah rasa bersalah dan ingin bertemu Azman untuk meluahkan apa yang terpendam di hatinya. Pelbagai peristiwa lucu berlaku sepanjang perjalanan Saadiah dan Zamir, juga setelah mereka bertemu dengan Azman. Sampai bilakah Saadiah dan Zamir akan terus menghantui hidup Azman? Berjayakah Azman menjauhkan diri dari mereka berdua?

Watak & Perwatakan

Norkiriah (Saadiah)

Berusia lingkungan 30-an, bujang dan mempunyai seorang adik lelaki. Menguruskan resort peninggalan arwah ibu dan bapanya. Seorang yang becok, emosional tetapi baik hati. Sentiasa berangan-angan untuk berkahwin dengan lelaki yang dicintainya.

Azhan Rani (Azman)

Berusia lingkungan 30-an. Telah bercerai dan mempunyai masalah dengan pekerjaannya. Lari ke kawasan terpencil untuk menenangkan fikiran. Seorang yang ego, cakap lepas tetapi baik hati.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement