Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Cinta Ditolak Keluarga, Wanita Ini Solo 68 Tahun Sebelum Kembali Disatukan

Published

on


Tiada yang lebih menyedihkan apabila cinta yang telah dibina ditentang habis-habisan oleh keluarga. Tak tahu di mana silapnya, semua yang dilakukan tidak kena di mata ibu bapa. Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita bernama  Elvie.

Menerusi akaun Twitter @tirtarivai, kisah cintanya dengan lelaki yang dikenalinya sejak zaman sekolah tidak direstui oleh kedua orang tuanya. Maka, mereka pun terpaksa berpisah. Kerana cinta yang sangat dalam, Elvie memutuskan untuk ‘single’ sepanjang usianya.

Hubungan mereka terlerai dan masing-masing tak lagi saling berhubung.

 

Namun keajaiban berlaku, mereka kemudian bertemu kembali. Cinta pertamanya sudah berpangkat general dalam tentera dan tinggal menduda. Isteri pertamanya telah meninggal dunia.

Rupanya cinta antara tidak pernah padam. Sehinggalah suatu hari, Elvie meluahkan keinginannya untuk berkahwin dengan cinta pertamanya dengan wajah yang berseri-seri.

Ramai juga yang terkesan dengan cerita tersebut. Rata-ratanya berpendapat cinta sejati tetap wujud dan kita hanya perlu percaya kerana ia akan datang kembali kepada kita.

Harapan selalu ada, dan dua jiwa akan kembali bersatu jika memang sudah berjodoh.

Begitulah kisah percintaan mereka. Macam dalam filem, kan? Kalau anda rasa anda sudah tiada harapan untuk jatuh cinta, mungkin cinta pertama anda sebenarnya masih lagi menunggu entah di benua dunia yang mana. Apa yang penting jangan putus asa dan berdoa!

 

Baca juga:

Saya Kehilangan Cinta Sejati Konsert BCL Penuh Dengan Air Mata

Isu TMJ, Safawi Syifa Melvin, Netizen Mengadu Tak Cukup Tangan!

 

 

 

 

Sumber: Twitter Katir



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement