Semasa & Hiburan
Cincin Tersekat, Ning Baizura Minta Tolong Bomba
Pelbagai cara dilakukan bagi mengeluarkan cincin itu termasuk meletakkan minyak dan ais batu, namun gagal.
Penyanyi terkenal, Ning Baizura Sheikh Hamzah terpaksa meminta pertolongan anggota bomba Balai Bomba Jalan Pantai di Kuala Lumpur apabila sebentuk cincin berbentuk ikan tersekat di jari tengah tangan kirinya.
Difahamkan, insiden itu berlaku selepas Ning melakukan persembahan pada hari Jumaat dan perkara tersebut telah dikongsikannya menerusi video di laman Instagram pada Sabtu.
Mujur ada anggota bomba yang cekap, jari dan keadaan Ning juga kini berada dalam keadaan baik.
Namun, penyanyi lagu Awan Terpilu itu mengakui tetap berasa trauma dengan insiden yang menimpa dirinya.
Semoga Ning lebih berhati-hati selepas ni okay!