Home > #CeriteraKool > Cikgu Ini Memarahi Muridnya Kerana Memakai Selipar. Selepas Mengetahui Perkara Sebenar..

Cikgu Ini Memarahi Muridnya Kerana Memakai Selipar. Selepas Mengetahui Perkara Sebenar..

Guru adalah ibarat lilin, sanggup membakar diri demi menerangi para pelajar. Namun, tugas guru bukanlah hanya mendidik, tetapi pelbagai halangan turut dialami bagi seseorang guru untuk memastikan anak didiknya menjadi insan yang berjaya. Sama seperti situasi seorang guru lelaki ini, yang berkongsi ceritanya di laman Facebook dengan menggunakan nama Mohd Fadli Salleh.

Dari jauh aku perhati murid ini pakai selipar lagi datang ke sekolah. Jumaat lepas aku dah tegur, katanya kasut basah. Hari Isnin dan Selasa pun katanya kasut basah lagi. Aku maafkan dan pesan supaya jemur belakang peti sejuk dan letakkan surat khabar dalam kasut.

Kisahnya bermula selepas guru ini terasa tercabar apabila sudah berkali-kali menegur seorang murid untuk memakai kasut ke sekolah, tetapi murid berkenaan masih lagi mengenakan selipar walaupun sudah ditegur dengan cara yang baik dan turut memberi tips kepadanya.

 

“Kasut saya basah cikgu.”

Cikgu berkenaan tidak dapat menerima alasan berkenaan susulan sudah tiga hari murid tersebut memberi alasan yang sama.

Tersentak guru berkenaan mendengar penjelasan dari guru kelasnya. Terasa bersalah, guru berkenaan bergegas mencari Aisyah.

 

 

“Kenapa awak tak bagitahu cikgu kasut awak rosak?”

Tiada sepatah suara keluar. Mata masih memandang lantai kantin.

“Esok bawa kasut awak yang rosak tu bagi kat cikgu ya.”

Dia mengangguk tanda faham dan berlalu pergi. Hilang dicelahan ratusan murid yang riuh rendah membeli makanan waktu rehat.

 

Terasa bersalah dengan murid berkenaan, cikgu ini mengambil keputusan untuk membeli sepasang kasut yang baru buat Aisyah.

“Aisyah, sini jap. Nah cuba kasut baru ni. Muat elok tak,”

Berkaca mata Aisyah, namun senyuman tidak lekang dari muka.

“Terima kasih, cikgu,” perlahan Aisyah ucapkan.

Cikgu Fadli juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya yang turut menghulurkan bantuan. Semoga perbuatan baik yang dilakukan oleh cikgu ini dapat menjadi contoh kepada orang lain untuk membantu golongan lain yang kurang bernasib baik.

Leave a Reply