Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Che Puan Juliana Evans Kurus Kerana…

Pelakon, Che Puan Juliana Evans mendedahkan berat badannya kini hanya sekitar 47 kilogram atau 48 kilogram berbanding berat badannya dahulu. 

Published

on

Pelakon, Che Puan Juliana Evans mendedahkan berat badannya kini hanya sekitar 47 kilogram atau 48 kilogram berbanding berat badannya dahulu.

 “Memang saya nak kurus seperti sekarang dengan berat badan sekitar 47 atau 48 kilogram (kg) saja. Kalau dulu, saya kelihatan agak berisi,” katanya.

Bukan disebabkan ada masalah atau bersedih, tetapi kerana dirinya terlalu bahagia bergelar isteri.

“Syukur, hampir dua tahun bergelar isteri, saya kini makin selesa membuat kerja rumah seperti mengemas dan memasak untuk suami setiap hari,” katanya lagi.

Malah, Juliana juga memberitahu dia begitu menitik beratkan penjagaan kesihatan diri dengan amalan gaya hidup sihat.

“Walaupun suka memasak tetapi saya tetap utamakan menjaga kesihatan iaitu mengawal pemakanan harian termasuk sentiasa bersenam” ujarnya.

Bercerita mengenai cahaya mata pula, pelakon filem Pulang ini berkata, beliau sedia bergelar ibu, namun masih belum dikurniakan rezeki oleh Allah SWT.

“Diharapkan semoga tahun ini, saya dan suami akan dikurniakan cahaya mata. Melihat ramai rakan lain sudah memiliki anak, kami juga teringin. Apapun, anak adalah rezeki daripada Allah SWT. Saya dan suami hanya mampu menyimpan impian dan berdoa semoga kami dikurniakan zuriat apabila sampai masanya.” luah Julia.

Juliana mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja Selangor dan Johor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman, 31, pada April 2017 lalu.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement