Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Cerita Disebalik Lagu Masar Cinta

Ramlah Ram kini muncul dengan buah tangan terbaru, Masar Cinta.

Published

on

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bertubuh kecil tetapi lontaran vokalnya yang nyaring dan lantang, Ramlah Ram.

Baru sahaja selesai merakamkan single terbaru berjudul Masar Cinta, lagu ciptaan arwah Suzaimi Soaib ini mempunyai ceritanya tersendiri yang begitu dekat dengan hati pelantun lagu Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) ini.

“Dia rakan baik dan presiden kelab peminat saya iaitu Ramlah Ram Grup (RRG). Dia banyak berkorban untuk saya dan ketika di studio, saya sangat susah untuk menyanyikan lagu ini.

“Saya rasa sedih dan sebak ketika menyanyikannya kerana teringatkan kekuatannya melawan penyakit yang dihadapi.

“Lagu ini pun dirakam selepas dia meninggal. Dia sudah lama sakit dan saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan ketika itu,” katanya.

Lagu Masar Cinta masih mengekalkan konsep balada dan bernada tinggi yang menjadi identiti nyanyian Ramlah Ram selama ini.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement