Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Cemas! Pesawat Berpatah Balik Gara-Gara Ibu Tertinggal Anak

Sebuah pesawat penerbangan Arab Saudi di Jeddah terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang selepas seorang penumpang wanita tertinggal anaknya yang masih bayi di terminal.

Published

on

Sebuah pesawat penerbangan Arab Saudi di Jeddah terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang selepas seorang penumpang wanita tertinggal anaknya yang masih bayi di terminal.
Pesawat berkenaan dipercayai dalam penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur sebelum wanita itu menyedari anaknya hilang dan terus memaklumkan perkara tersebut kepada kru kabin.
Menerusi satu rakaman audio, kedengaran juruterbang berkenaan memaklumkan kepada kakitangan menara kawalan untuk berpatah semula  ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz untuk mengambil anak penumpang yang tertinggal.
Insiden ini telah mengakibatkan berlakunya kelewatan sekitar 54 minit dari waktu penerbangan sepatutnya tiba di destinasi.

Kejadian pelik tapi benar ini juga dipercayai berlaku pada Sabtu lalu di mana wanita itu tertinggal anaknya secara tidak sengaja di ruangan pelepasan.
Bagaimanapun, media melaporkan bahawa bayi yang tertinggal itu selamat bersama kakak kepada penumpang berkenaan yang terlewat tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz ekoran menaiki bas yang salah.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement